Piagam Pelanggan

Print
Category: Profil Sekolah
Published Date Written by Administrator

PIAGAM PELANGGAN

 

 

  1. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik dan sentiasa mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara.
  2. Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang harmoni ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
  3. Memastikan semua pelajar mendapat tempat belajar dan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.
  4. Menyediakan staf yang efisen, berdedikasi, sistematik,komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
  5. Menentukan setiap tenaga pengajar dan kakitangan dapat berkhidmat dengan cekap, mengikut prosedur dan berkesan sepanjang masa.
  6. Memastikan staf kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan, murid, guru, masyarakat (ibu bapa) dan Negara/ Kerajaan.
  7. Memberikan layanan mesra, perkhidmatan cekap dan tepat serta jawapan segera kepada setiap urusan dengan pelanggan kami.
  8. Menentukan segala urusan surat-menyurat, laporan dan maklumat di beri perhatian dan tindakan segera.
  9. Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan tepat dan cekap kepada yang berkenan.
  10. Sentiasa bersikap terbuka dan sanggup menerima pendapat, cadangan dan teguran yang konstruktif daripada mana-mana pihak untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik. 
2012.by SMKTMR IT DEPT.BERILMU-BERKETERAMPILAN-BERBAKTI
Joomla Templates Free