Logo Sekolah

Print
Category: Profil Sekolah
Published Date Written by Administrator

PENERANGAN LOGO SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MEGAH RIA

 


Lencana SMK Taman Megah Ria adalah melambangkan budaya membaca,penguasaan sains an teknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

 

1. PENGERTIAN SIMBOL

1.1       BUKU TERBUKA

Buku terbuka adalah menunjukkan bahawa amalan membaca sangat baik diamalkan oleh semua orang terutama pelajar. Aktiviti membaca sangat penting dalam kehidupan manusia. Insan berilmu selalunya dikaitkan dengan insan berbudaya membaca. Buku adalah media yang paling berkesan dalam pendidikan dan merupakan gedung ilmu pengetahuan,segala rahsia alam,tamadun manusia dan rintihan perasaan dirakamkan dalam buku. Oleh itu, membaca buku adalah penting untuk membantu pelajar menambahkan ilmu pengetahuan bagi menjamin kejayaan akademik, kokurikulum dan sahsiah.

 

1.2       LADA HITAM

            Tumbuhan herba yang mempunyai banyak khasiat. Pada suatu masa dahulu tumbuhan ini banyak ditanam di kawasan antara Kangkar Tebrau dan Masai. Simbol lada hitam ini melambangkan kesejahteraan diri,berdisiplin,keceriaan,kebersihan dan keselamatan. Nilai-nilai murni ini menjadi tunggak untuk mencapai sesuatu kejayaan. 

 

1.3       KOMPUTER

            Pelajar sedang menghadapi dunia yang penuh dengan persaingan global. Lantaran itu mereka perlu celik computer dan dapat melengkapkan diri dengn ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran lebih-lebih lagi Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

 

1.4       RODA DAN LINGKARAN

            Melambangkan kesungguhan dan kegigihan untuk mencapai kecemerlangan berteraskan sains dan teknologi.

 

2.  PENGERTIAN WARNA

2.1       BIRUBermaksud mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara setiap masa.

2.2       PUTIHMelambangkan ketulusan,keikhlasan dan kebersihan.

2.3       MERAHBermaksud keMEGAHan,keRIAngan dan semangat membara warga sekolah untuk mencapai kecemerlangan.

2.4       KUNINGMelambangkan ketaatan dan kepatuhan kepada agama,raja dan negara.     

 

3.  PENGERTIAN MOTTO

Motto sekolah “BERILMU,BERKETRAMPILAN,BERBAKTI” membawa maksud usaha sekolah untuk melahirkan generasi berilmu dan pelajar yang berilmu perlu menampilkan diri sebagai pelajar yang dinamik dan berketrampilan,berkebolehan untuk memimpin di samping bijak berkomunikasi,berfikiran kreatif dan inovatif.    

2012.by SMKTMR IT DEPT.BERILMU-BERKETERAMPILAN-BERBAKTI
Joomla Templates Free