EN HASHIM BIN ZAINAL

PENGETUA SMK TAMAN MEGAH RIA

 

 

OWA KPM

nspirasi dan Aspirasi

Pengetua

Asswhb dan Salam Sejahtera,

Kepada seluruh warga SMK Tmn Megah Ria.

Alhamdulillah…Selamat kembali bertugas untuk semua guru dan staf sokongan sebagai rakan seperjuangan yang senada dan sederap. Untuk murid sekolah ini, seawal hari pertama lagi telah tersemat di dalam diri kesungguhan untuk membina sahsiah mulia bagi mencapai kegemilangan setiap ujian dan peperiksaan khususnya calon PMR dan SPM. Kita percaya setiap murid Sekolah ini mampu diasuh menjadi insan untuk menguasai ‘satu pelajar satu sukan/persatuan’ secara aktif dan berani mengadapi sebarang pertandingan sukan dengan mempamerkan sahsiah dan budi pekerti mulia untuk mencapai kemenangan.

 

Jitunya tekad mengapai hasrat

Jajaran usaha, impian digarap

Budaya cemerlang sentiasa tersirat

Langkah nan awal, sepasukan  sederap

 

Langkah nan awal, sepasukan sederap

Proaktif  nan jitu tiada terhalang

Inovati dan kreatif, kualiti digarap

Dengan seruan “Bistari Sentiasa Terbilang”

 

Pada tahu ini, motto pasukan kerja kita ialah ‘Laksanakan Kerja Kita dengan proaktif, Inovatif dan kreatif

 yang akan memacu terus budaya kerja cemerlang kita dengan bersandarkan misi, visi dan rangka kerja PIPP, NKRA, SIP  serta wahana  prinsip kerja Pengarah JPNJ. Sayugia hendaklah diingat bahawa kita merupakan pemimpin yang sentiasa dipimpin untuk melahirkan pemimpin. Oleh itu, utamakan kepentingan awam khususnya kemenjadian murid, dengan tidak meletakkan kepentingan peribadi yang diberikan keutamaaan. Bagi menjamin keberhasilan yang berkualiti, setiap aktiviti hendaklah dikerjakan sehingga selesai dan sempurna, dengan penuh kesungguhan,kerajinan dan keikhlasan berpandukan SKPM.

 

Untuk itu, setiap dari kita hendaklah bijaksana dalam perancangan agar susur galur usaha yang dibuat mencapai hasrat bagi memastikan kemenjadian budaya kerja cemerlang menjadi  amalan guru, staf sokongan dan setiap murid Sekolah ini. Perancangan program kecemerlangan sekolah yang di atur hendaklah berasaskan kepada inovasi yang kreatif serta sentiasa didokumentasikan mengikut prosedur Pengurusan Sekolah Kualiti sehingga mencapai ‘Band’ yang ditetapkan.

 

Semua program ini hendaklah ditadbir urus secara bijaksana, mengkhusus dan membelah secara teliti setiap langkah agar kepincangan dan kelemahan dapat dikesan lebih awal. Dengan cara ini, penambahbaikan dapat dilakukan bagi menghasilkan kemenjadian diri berkualiti kepada seluruh warga sekolah ini.Setiap pendidik merupakan pengurus bilik darjah yang terbilang.Oleh itu bilik darjah merupakan imej yang perlu ditatang sebaiknya.

 

Semuanya ini, hendaklah di kendalikan diperingkat operasional dengan betul, dengan melihat aspek SWOT yang ada. Oleh itu, semua Ketua Bidang dan Ketua Panitia sebagai ‘Middle Manager’ hendaklah berfungsi untuk memantau dan menyelia setiap program secara objektif dengan menghasilkan laporan yang berkualiti. Laporan ini hendaklah dibentang untuk dilakukan penambahbaikkan sehinggamana penjajaran dapat dilakukan agar setiap program berada di atas laluan yang betul bagi menghasilkan kemenjadian kecemerlangan benar-benar melepasi sasaran setiap ‘headcount’ dan ‘audit’.

 

Setiap dari kita, hendaklah berfungsi dengan penuh professional, khususnya disemua jawatankuasa yang dibentuk. Untuk mengerakkan Jawatankuasa ini, amatlah penting semua setiausaha jawatankuasa  memastikan mesyuarat dan taklimat di rancang lebih awal dan dilaksanakan mengikut prosedur SPSK. Setiausaha juga hendaklah memastikan aliran maklumat (keputusan dan minit mesyuarat) sampai kepada ahli lebih awal melalui Laman Web Sekolah. Setiap ahli jawatankuasa berhak untuk mengetahui dan melaksanakan keputusan mesyuarat secara proaktif, inovatif dan kreatif, sepasukan bersama murid-murid agar mereka menjadi penyumbang utama dalam setiap aktiviti dan program. Oleh itu, ahli jawatankuasa di kalangan pelajar hendaklah dibentuk mulai hari pertama sesi persekolahan 2012  agar mereka sederap bersama kita demi mewajarkan ‘periuk nasi kita setiasa hangat sepanjang zaman’ dengan mempamerkan kebitaraan masing-masing dalam jaringan kerja sepasukan!

“1Malaysia Menjana Transformasi Negara”

Wabillahitaufiq walhidayah.

Dari Meja Pengetua,

……………………..

(HASHIM BIN ZAINAL)

Pengetua

SMK Taman Megah Ria

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh pengggunaan mana-mana maklumat daripada laman web ini
Paparan Terbaik: Laman Web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar internet Internet Explorer 8 dan keatas, mozilla firefox dan google chroome dengan resolusi 1280X768 dan keatas
Copyright © 2015. All Rights Reserved.